8 Surah Yang Di Anjurkan Dibaca Hari Jumaat Yang Perlu Kita Tahu Dan Amalkan

Antara amalan-amalan sunnah yang dianjurkan oleh para ulama untuk dilakukan pada hari Jumaat adalah memperbanyakkan membaca Al-Quran. Memanfaatkan nikmat masa yang dilalui pada hari Jumaat dengan membaca Al-Quran, kita akan dapat banyak manfaat dan fadhilat. Disamping itu, Al Quran juga merupakan kurniaan yang terbesar untuk kita.

Dari sayyidina Ali bin Abi Tholib memberikan nasihat kepada kita: “Sesiapa yang duduk membaca Al-Quran, nescaya dia akan berdiri darinya dengan tambahan atau kekurangan, iaitu bertambah dalam mendapatkan petunjuk, atau berkurang dalam kesesatan.”

Beliau juga memberikan nasihat kepada kita: “Minta dari Allah swt segala kebaikan dengan mengikuti Al-Quran. Mendekatlah kepada Allah swt dengan mencintai Al-Quran. Janganlah memperalatnya demi mendapatkan sesuatu dari hamba-hamba Allah dengannya. Tiada sesuatu sebaik Al-Quran yang dapat dibawa seseorang ketika menghadapkan diri kepada Allah SWT. “

Diantara surah-surah dalam Al-Quran yang dianjurkan untuk dibaca khusus pada Malam atau Hari Jumaat :

  • Surah Al-An’am
  • Surah Al-Kahfi
  • Surah Toha
  • Surah Yaasin
  • Surah Ad-Dukhan
  • Surah As-Sajadah
  • Surah Al-Mulk
  • Surah Al-Insan

Antara fadhilat untuk 8 surah diatas ialah :

  1. Surah Al An’am

Dikatakan bahawa barangsiapa yang banyak membaca surah Al-An’am pada malam Jumaat atau pada siang hari Jumaat maka Allah swt akan sentiasa:

  • Memelihara kualiti agamanya.
  • Memperbaiki rezeki untuknya.
  • Menjaga kualiti hidupnya selama di dunia mahupun di akhirat kelak.
  1. Surah Kahfi

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”.

  1. Surah Toha
  • Hatinya terpelihara untuk cenderung mendirikan solat malam.
  • Senang berbuat kebaikan dan suka berkumpul dengan para ulama.
  1. Surah Yaasin
  • Allah swt akan mengukuhkan agamanya.
  • Mempermudah keluarkan roh ketika sakaratul maut.
  • Membaca Surah Yasin sama dengan membaca Al-Quran 10 kali.
  • Dapat memberi syafaat bagi pembacanya.
  • Dimudahkan hajatnya.
  • Meringankan seksaan kubur.
  • Menolak kejahatan.
  • Jika sedang ketakutan, Allah akan menghilangkan rasa takutnya itu.
  1. Surah Ad Dukhan

Hadis Rasulullah saw pernah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Ad-Dukhan pada malam Jumaat atau pada siang harinya, maka Allah swt akan membina sebuah rumah untuknya di syurga.”

  1. Surah As Sajdah

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata: “Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar”.

  1. Surah Al Mulk
  • Allah akan melimpahkan kebaikan di dunia mahupun di akhirat kelak.
  • Memperbanyak pemilikan untuknya serta menambah keberkatannya.
  1. Surah Al Insan

Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa membaca surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas dan khusyu’), maka balasannya ialah syurga Harir”

  • Surah ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan menguatkan jiwa.
  • Jika ditulis surah ini, kemudian dihapuskan dengan air yang suci. Berilah air ini kepada mereka yang tidak pandai atau susah untuk membaca, InsyaAllah, dipermudahkan oleh Allah.
  • Surah ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang korban yang disembelih pada hariraya korban dengan menggunakan dakwat atau pen orang-orang alim, kemudian dilipat tulisan tersebut dan dititikkan lilin supaya tidak dibasahi air. Bawalah ia kemana saja, insyaAllah menjadi pendinding dari segala bala dan gangguan jin dan manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *