Akhirnya Setelah Berbulan-bulan, Apa Sebenar Terjadi Pada Farid Kamil Di Dalam Balai Polis Terbongkar. Sampai Berdesing Telinga Lelaki Itu

SEORANG saksi memberitahu Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari menamparnya sekali dan menendangnya sebanyak dua kali, termasuk di kemaluannya di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Bekas eksekutif akaun syarikat swasta Ashraf Ahmad, 35, berkata, dalam kejadian pada 11 Januari lalu itu, dia yang sedang memandu kereta Perodua Myvi di tepi Jalan Tropicana, Petaling Jaya terlihat pelakon terbabit berjalan sendirian dengan tidak memakai baju dan seperti meminta bantuan kerana disamun.

“Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hujan renyai-renyai dan selepas melihat beberapa kereta tidak membantu, saya membuat pusingan untuk mendekati lelaki berkenaan sebelum baru menyedari lelaki itu adalah Farid Kamil.

Image result for farid kamil pukul lelaki di balai polis

“Farid meminta saya menghantarnya ke balai polis kerana mendakwa dirinya terbabit dalam kemalangan dan kemudian saya membawanya ke Balai Polis Trafik Kota Damansara,” katanya.

Ashraf yang juga saksi pertama pendakwaan berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran pada hari pertama perbicaraan kes empat pertuduhan jenayah dihadapi pelakon itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Menurut Ashraf, dia hanya mula menyedari Farid berkelakuan pelik apabila ketika perjalanan ke balai polis, tertuduh bertindak menarik stereng kereta berkali-kali sehingga dia terpaksa menegur perbuatan pelakon itu selain meminta baju-T yang sedang dipakainya.

“Apabila sampai di balai polis, kami terus ke bahagian kaunter dan Farid menunjukkan kepada salah seorang anggota di situ mengenai satu artikel ‘300 artis hutang Ah Long’ di dalam telefon bimbitnya sebelum dimaklumkan beliau perlu ke Balai Polis Sunway Giza bagi kes jenayah.

“Selepas itu, Farid mula bertindak agresif apabila dia secara tiba-tiba menjerit ke arah saya dan polis itu dengan mengatakan ‘kau kenal siapa aku?’ sebelum menampar saya di pipi kiri sehingga saya pening dan telinga berdesing,” katanya.

Mengulas lanjut kejadian itu, Ashraf berkata, selain dirinya, Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun dengan berkata ‘polis bodoh..polis jahat’ sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain dan dibawa ke belakang balai polis serta digari.

“Anggota polis menyuruh Farid yang ketika itu dalam keadaan bergari supaya duduk di lantai, namun dia kemudian menendang saya di bahagian perut sehingga senak dan Farid kemudian berlari ke dalam tandas.

“Selepas Farid bertindak agresif, beberapa anggota dari Balai Polis Mutiara Damansara datang untuk memberi bantuan dan dalam pada itu, Farid sempat menendang di bahagian kemaluan saya,” katanya.

Ketika disoal oleh Alia jika dia ada mendapatkan rawatan ekoran perbuatan pelakon itu, dia memaklumkan ada pergi ke Hospital Sungai Buloh pada malam hari kejadian untuk membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan tiada kecederaan serius berlaku.

Image result for farid kamil pukul lelaki di balai polis

Dalam prosiding itu, isteri Farid, pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle hadir bagi memberikan sokongan, namun tidak boleh berada di dalam mahkamah sepanjang prosiding kerana Diana berpotensi menjadi saksi bagi kes berkenaan.

Farid diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom.

Pada 16 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Sembilan hari kemudian, Farid Kamil turut didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu ‘11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 4.30 petang, tarikh sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *