Bersimpuh Tak Buat Faraj Ketat Pun.. Noornabila Bersila Dalam Pantang Dikritik, Ini Respon Doktor

Isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila selamat melahirkan putera sulung mereka pada 30 Ogos lalu pada jam 9.01 pagi. Anak sulung itu dinamakan Jebat Jayden Ahmad pantas mendapat perhatian netizen yang terpegun dengan kecomelannya.

Satu foto dimuatnaik Nabila semalam yang menunjukkan dia sedang bersila sambil memangku Jebat ditegur dan dikritik pengikutnya yang risau dengan keadaannya yang baru lepas bersalin.

Tak salah duduk bersila

Seorang doktor, Dr Rusyainie Ramli tampil mempertahankan Nabila dan menerangkan tiada salahnya apa yang dilakukan kakak kepada Neelofa itu. Tambahnya, sama ada bersalin secara normal atau Caesarean, tiada masalah untuk duduk apa cara sekalipun, asalkan si ibu selesa.

Nasihat saya, sebagai doktor yang dah berumur 40 tahun, dan anak-anak pun dah besar, silakan la kata-kata abaikan adik, kakak, makcik dan nenek bawang yang kecam macam-macam pasal regim pantang.
Lain negeri, lain kaedah.
Lain bangsa, lain cara.
Lain negara, lain teknik.

Tak salah pun duduk bersila tu asalkan Puan Nabila selesa. Saya dapat maklumat yang Puan Nabila bersalin melalui Caesarean Section, maka bersila tu tak ada masalah pun. Kalau bersalin secara normal pun, tak ada masalah juga. Duduk lah macam mana pun, yang penting selesa.

Boleh buat senaman Kegel yang terbukti berkesan

Ujar doktor ini lagi, mereka yang menegur tidak tahu mengenai otot pelvis dan mencadangkan kepada Nabila untuk membuat senama Kegel bagi menguatkannya. Malahan, tambahnya, duduk bersimpuh dan berkepit paha tidak akan membuatkan faraj kembali ketat seperti dakwaan di ruangan komen.

Mereka yang membawangkan Puan Nabila tu tak tahu pun pasal otot pelvis. Puan Nabila boleh buat senaman Kegel untuk kuatkan otot pelvis, tu memang terbukti berkesan secara saintifik. Dengan duduk bersimpuh dan berkepit paha takkan buat faraj ketat pun. Itu mitos yang tak ada asas pun.

Selain itu, ada juga segelintir yang menyentuh mengenai pemakaian Nabila ketika dalam proses berpantang. Namun menurut doktor ini, pemakaian stokin dan kain batik untuk wanita berpantang adalah mitos semata.

Cuaca panas, tak apa lah Puan Nabila tak pakai stokin. Tak ada pun angin masuk ikut kulit. Itu hanyalah mitos. Sesuaikan pakaian dengan keadaan suhu sekeliling. Puan Nabila buat tu ok sangat dah. Saya tengok seluar yang Puan Nabila pakai tu pun macam sesuai. Tak semestinya pakai kain batik.

Sumber: Rusyainie Ramli via ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *