Jangan Malu Untuk Bertegur Dengan Lelaki Yang Anda Minat, Jika Tak Cuba, Sampai Bila-Bila Tiada Jawapan.

Menjadi seorang gadis malahan wanita, untuk menegur seorang lelaki yang kita minat dari jauh semestinya memerlukan sikap muka tebal dan berani. Tidak semua gadis berani melakukan perkara sebegini atau dipanggil perigi mencari timba.

Tetapi apabila telah minat pada seseorang, jangan lah cepat menghukum diri sendiri untuk menjauhkan diri daripada lelaki tersebut. Malah sentiasa berfikiran negatif, malu, segan dan seumpama dengannya. Tidak salah pun untuk seorang gadis memulakan perkenalan. Yang salahnya jika anda sendiri menegur dengan cara yang memalukan diri sendiri pada khalayak umum. Mungkin juga memalukan lelaki tersebut.

Jika terlalu takut dengan kata-kata masyarakat atau netizen, mulakan perkenalan di sosial media sudah memadai. Tiada siapa yang tahu, melainkan lelaki tersebut akan menghebohkan pada orang ramai. Mungkin zaman sekarang perbualan anda dengan si dia akan menjadi bahan viral masa kini.

Tetapi sebenarnya jika lelaki tersebut melakukan sebegitu, fikir sahaja positif. Allah sudah memberi jawapan melalui lelaki tersebut dengan kelakukan sebegitu. Jika si dia menjadi pasangan anda, sudah tentu banyak perkara yang dia akan lakukan untuk memalukan anda bukan? Jadi, anda sudah boleh berfikir, adakah lelaki yang gemar memalukan kaum wanita ini bakal menjadi pasangan anda kelak?

Daripada situasi begini anda sudah mendapat jawapan, lelaki yang anda minati dalam diam sebenarnya tidak sesuai dengan diri anda.

Namun jika anda tidak menegur lelaki yang anda minat, sudah tentu sampai bila-bila anda tidak tahu jawapan. Dengan jawapan yang tidak pasti, sentiasa meragukan, dan andaian anda sendiri seperti “Mungkin dia pun suka aku juga…” sudah tentu tidak akan mententeramkan hari-hari anda kelak. Setiap hari anda berteka-teki dengan diri sendiri.

JIKA ANDA TIDAK BERTEGUR DAN TIDAK MENGETAHUI JAWAPAN, ADAKAH ANDA BOLEH MOVE ON DENGAN TENANG?

Jika tidak boleh, kenapa mahu menyeksa diri dengan tidak menegurnya? Malu? Sudah tentu sampai bila-bila tiada jawapan yang anda cari. Allah telah memberi anda akal fikiran untuk berfikir, jadi gunakan lah ia sebaik mungkin. Fikir dengan matang. Jika ikhlas hati anda mahu berkawan dengan si dia, pasti akan dipermudahkan.

MALU YANG SEMENTARA.

Jika terlalu malu dan segan, fikirlah secara positif, perasaan sebegitu hanya sementara sahaja. Anda mungkin malu sekarang, tapi ia tidak membazirkan masa anda untuk terus mengharap pada si dia yang mungkin tiada perasaan yang sama pada anda.

Kesimpulannya, tidak salah mahu menegur, tetapi tegurlah dengan cara yang betul dan yang penting jadi sahaja diri sendiri. Jangan berubah menjadi orang lain semata-mata untuk si dia sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *