“Pu*imak! Macam hanjing!” – 3 Remaja Tak Ada Sivik! Buka Bekas Jem Dekat Supermarket, Celup Jari & Rasa

Beberapa minggu lagi kita dah nak masuk tahun baru, tahun 2019. Tapi malangnya, masih ramai orang yang tak ada sivik dan buat aktiviti tak bermoral. Contohnya macam kumpulan remaja ni.

Satu rakaman ig story viral baru-baru ni lepas dimuat naik semula di Facebook. Dalam video tu, kumpulan remaja tersebut buat aktiviti tak bermoral dekat sebuah pasar raya.

Video yang dirakam oleh kawan mereka tu menunjukkan seorang remaja berbaju putih dan memakai topi berwarna hitam tengah pegang bekas jem coklat yang dah dibuka. Lepas tu, dengan selamba dia menjilat jari yang dah dicelup dalam jem tersebut.

Boleh tahan doh. Sedap sedap!”

Lagi seorang remaja yang berbaju hitam dekat sebelah dia tu pula dilihat tengah membelek sambil buka bekas jem roti yang ada di tangan. Lepas tu, dia celup je jari and rasa jem tu sebelum buat muka ‘jijik’ menandakan apa yang dia rasa tu tak sedap. Then, mereka bertiga (termasuk perakam) ketawa berdekah tanpa rasa malu walaupun ada ramai pelanggan lain di sekeliling.

Tak dapat dipastikan di mana kejadian memalukan ni berlaku tapi mengikutcaption dekat Facebook, sama ada ia di Johor atau Singapura.

Netizen yang tengok video tu kebanyakannya selar dan maki tindakan kumpulan remaja yang tak ada sivik ni, apatah lagi lepas dah celup jari dan rasa mereka letak balik jem yang dah dibuka tu dekat rak! Bayangkan kalau ada orang beli andtengok jem tu dah ditebuk.. Yekkk!



Tonton perangai memalukan dan tak bermoral dorang dekat sini:

Memalukan bangsa jela orang macam ni! Muka dah viral ni, tunggu jelah. Kejap je netizen akan tahu identiti korang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *